Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Vaksinasi, dos penggalak untuk jaga golongan berisiko

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Dos penggalak kedua yang salah satunya diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas adalah bagi mereka yang mempunyai terimunokompromi.

    Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada penghidap penyakit kanser yang sedang menjalani rawatan, penghidap penyakit HIV atau orang yang melalui pemindahan seperti renal atau hati, tulang sum-sum dan sebagainya yang memakan ubat-ubatan untuk rawatan mereka.

    “Ia termasuk juga orang yang mempunyai penyakit-penyakit tidak berjangkit tidak terkawal, seperti kencing manis yang mana gula dalam darahnya sentiasa tinggi,” kata Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab soalan mengenai dos penggalak kedua pada sidang media COVID di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, sebagai salah satu kaedah kerajaan untuk mengawal jangkitan ini daripada membawa kesan teruk ialah memastikan vaksinasi itu sekurang-kurangnya dua dos atau ada dos penggalak.

    Pihak kerajaan akan sentiasa membuka vaksinasi di pusat-pusat kesihatan tertentu walaupun jumlah pesakit kategori 4 dan 5 rendah.

    Vaksinasi masih dijalankan terutama bagi memastikan orang ramai mendapatkan dos penggalak pertama atau kedua kerana besar kemungkinan ianya akan menjadi vaksinasi tahunan sama seperti flu yang diambil setiap tahun, tambahnya.

    Ini kerana kita mengetahui imuniti akan menurun selepas beberapa bulan dan disebabkan itu, ia adalah disarankan untuk mereka yang mempunyai imuniti rendah bagi memastikan mereka terjaga dan kembali meningkatkan imuniti mereka.

    “Vaksinasi masih dijalankan di pusat-pusat kesihatan, terutama bagi menjaga golongan-golongan tertentu ini,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...