Vaksinasi dua bulan sebelum Olimpik

TOKYO, 20 JAN – Jepun dijangka memulakan vaksinasi pada bulan Mei hanya dua bulan sebelum temasya Sukan Olimpik, kata laporan hari ini.

Akhbar Yomiuri Shimbun mengatakan kerajaan berharap majoriti orang dewasa akan diberi vaksin pada bulan Julai, ketika temasya sukan itu akan dibuka.

Negara itu telah bersetuju dengan firma farmasi untuk menerima dos yang cukup untuk semua 126 juta penduduk dan sedang berusaha untuk mendapatkan vaksin Pfizer sebagai yang pertama digunakan di Jepun mulai bulan depan.

Kira-kira 10,000 pekerja perubatan akan menjadi yang pertama untuk diberi vaksin secara percuma, kata pegawai tinggi kerajaan, diikuti oleh 50 juta orang yang berisiko dan penduduk yang berusia lebih dari 65 tahun.

Menteri kerajaan Jepun berharap dapat memulakan vaksinasi besar-besaran pada bulan Mei paling awal, lapor akhbar Yomiuri dan Sankei Shimbun.

Upacara pembukaan Tokyo 2020 hanya tinggal enam bulan lagi, tetapi lonjakan jangkitan COVID-19 di Jepun dan seluruh dunia telah menimbulkan keraguan baharu bagi temasya sukan itu. – AFP