MANILA, 14 OKT – Ibu bapa beratur dari mula terbit matahari lagi mengendong anak damit yang masih tidur ketika Filipina melancarkan satu kempen hari ini untuk memvaksin berjuta-juta kanak-kanak terhadap polio, yang muncul semula selepas hampir dua dekad kes terakhir negara itu.
Bertahun-tahun pengurangan kadar vaksinasi, bertambah teruk lagi selepas vaksinasi denggi yang tidak teratur, akhirnya membawa kepada wabak penyakit boleh dicegah itu dalam September lalu.
“Ini adalah untuk kebajikan anak saya,” Ruth Miranda memberitahu AFP selepas vaksin itu dimasukkan ke dalam mulut anaknya di sebuah kawasan setinggan yang didiami mereka.
Anak Miranda merupakan antara sejumlah kanak-kanak yang tidak dilindungi di ibu negara 13 juta penduduk itu, di mana kadar vaksinasi kanak-kanak menurun daripada 77 peratus dalam 2016 kepada hanya 24 peratus dalam Jun.
Polio yang mengakibatkan kelumpuhan dan boleh membawa maut dalam kes yang luar biasa, tidak mempunyai penawar dan hanya boleh dicegah dengan beberapa dos vaksin oral dan suntikan. – AFP

































