Tuesday, December 3, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksinasi: Sarawak sasar 65,000 orang sehari

    LUNDU, SARAWAK, 6 JULAI – Sarawak menyasarkan untuk mencapai kadar suntikan vaksin COVID-19 sebanyak 65,000 orang sehari berdasarkan keupayaannya melaksanakan kerja-kerja bagi program berkenaan dan bekalan vaksin yang diterima.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, semalam sahaja sejumlah 56,068 orang telah disuntik menjadikan keseluruhan 1,552,944 orang telah divaksin dengan 1,226,659 daripada mereka mendapat dos pertama dan 326,285 lagi melengkapkan dos kedua.

    “Sekarang kita sedang berusaha untuk meningkatkan kepada 60,000 orang sehari untuk memastikan kita dapat mencapai sasaran tersebut menjelang akhir Ogos ini. Saya yakin kita dapat melakukan 65,000 vaksinasi sehari,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Lundu, hari ini. – Bernama

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (dua, kanan) beramah mesra dengan warga emas ketika meninjau proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Mahligai Gading, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda