Valdes ucap selamat tinggal
MADRID, 4 Jan – Bekas penjaga gol Barcelona dan Sepanyol, Victor Valdes menandakan tamatnya karier bola sepak dengan menutup akaun peribadi sosial dan memberi bayangan untuk persaraan secara peribadi. Valdes yang terlibat dalam skuad Barcelona 2002 hingga 2014 dan membuat penampilan terakhir untuk Middlesbrough di England tujuh bulan yang lalu, menutup akaun Twitter dan Instagram.


































