Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Vale peroleh AS$22.4b pada 2021

    RIO DE JANEIRO, 25 FEB – Perlombongan terbesar Brazil, Vale kelmarin telah melaporkan keuntungan bersih mereka sebanyak AS$22.4 bilion pada 2021, hampir empat kali lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, yang dikatakan telah didorong oleh kenaikan mendadak harga besi, antara faktor lainnya.

    Sementara itu, sebagai tambahan kepada peningkatan 360 peratus dalam keuntungan bersih sepanjang 2020, syarikat itu mengunjurkan keuntungan bersihnya sebanyak AS$5.4 bilion pada suku keempat.

    Pada suku yang sama di tahun 2020, Vale mencatatkan keuntungan bersih hanya AS$739 juta, kerana ia bergelut untuk pulih daripada keruntuhan empangan sisa lombong pada 2019 di Brumadinho, tenggara Brazil, yang mengorbankan 270 nyawa.

    Pendapatan larasan Vale sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berjumlah AS$31.3 bilion pada 2021, meningkat sebanyak 79 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    “Dalam setahun yang masih dilihat terjejas dengan kesan berterusan pandemik COVID-19 dan turun naik pasaran, kami dapat memperoleh pencapaian penting dalam mencipta nilai mampan kepada semua pemegang saham,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Eduardo Bartolomeo.

    Syarikat itu mengaitkan angka positif itu kepada harga bijih besi yang lebih tinggi berikutan peningkatan dalam permintaan global.

    Tahun lepas harga purata bijih besi yang dijual oleh Vale adalah 46.5 peratus lebih tinggi berbanding 2020, walaupun pada suku keempat harga merosot disebabkan pengurangan pengeluaran keluli di China, yang menjejaskan permintaan. Selain itu, pengeluaran bijih besi meningkat sebanyak 5.1 peratus berbanding 2020.

    Vale mengumumkan bahawa ia akan membayar kira-kira AS$3.5 bilion dividen kepada para pemegang sahamnya pada Mac nanti. – AFP

    Vale melaporkan keuntungan bersih mereka sebanyak AS$22.4 bilion pada 2021, hampir empat kali lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...