Valencia pecat Celades

MADRID, 30 JUN – Valencia telah memecat jurulatih Albert Celades kelmarin setelah keputusan buruk dalam kempen liga setelah bola sepak kembali dan memburukkan keadaan lagi apabila Valencia kalah oleh saingan musuh tradisinya di La Liga, Villarreal pada hujung minggu lalu.

Valencia hanya meraih empat mata dari 15 mata yang seharusnya sejak liga kembali semula setelah dihentikan akibat COVID-19, Valencia jatuh ke tangga kelapan di liga, lapan mata dari tempat kelayakan Liga Juara-Juara.

“Valencia telah memberitahu Albert Celades mengenai pemecatannya itu,” kata satu kenyataan kelab. Bekas jurulatih sementara, Voro dipanggil semula sebagai pengganti sementara buat kali keenam bagi kelab itu.

Celades mengambil alih tugas di Mestalla pada September lalu setelah pemecatan yang mengejut dari ketua sebelumnya, Marcelino, yang telah memimpin kelab itu ke kedudukan keempat di La Liga.

Tetapi Celades gagal mempertahankannya musim ini setelah kekalahan 2-0 menentang Villarreal meninggalkan Valencia dengan hanya dua kemenangan dalam 13 perlawanan di semua pertandingan.

Valencia juga tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas tewas menentang Atalanta pada bulan Mac lalu dengan kekalahan agregat 8-4 di kelompok 16 terakhir perlawanan. – AFP

Ketua jurulatih Valencia, Albert Celades ketika perlawanan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 19 Februari lalu, menentang Atalanta di Stadium San Siro, Milan. Valencia memecat Albert Celades kelmarin selepas tewas menentang Villareal. – AP