Valencia pecat Javi Garcia

MADRID, 3 MEI – Valencia telah memecat Javi Garcia sebagai ketua jurulatihnya, kelab Sepanyol mengumumkan hari ini, dengan berbaki empat perlawanan musim ini.
Kekalahan 3-2 di tangan Barcelona kelmarin merupakan perlawanan terakhir selepas 10 bulan mengendalikan kelab tersebut.

Valencia kini menduduki tangga ke-14 di La Liga setelah kemarau kemenangan dalam enam perlawanan tetapi Garcia memacu mereka selamat dari kedudukan tiga tercorot, selain itu kelab turut menjual beberapa pemain utamanya musim panas lalu.

Mereka kini enam mata selamat dari zon penyingkiran.

“Valencia CF mengumumkan hari ini pemecatan Javi Garcia sebagai ketua jurulatih pasukan utama,” menurut kenyataan kelab.

“Kelab ingin mengucapkan terima kasih atas usahanya dan dedikasinya semasa berbulan-bulan mengetuai pasukan utama dan mendoakan kejayaan di masa akan datang.

“Salvador Gonzalez ‘Voro’ akan memimpin pasukan utama secara sementara.”

Valencia mengharungi musim suram di bawah pimpinan pemilik yang kurang disenangi, Peter Lim dan presiden Anil Murthy. – AFP