Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Valerian dan Laureline, wira pemikiran kanak-kanak

    WATAK ini mungkin masih tidak jelas di dunia berbahasa Inggeris namun siri buku komik dan akan difilemkan melalui filem ‘Valerian and The City of a Thousand Planets’ akan berupaya mengembangkan pengaruh kesukaan kanak-kanak di tempat lain.

    Wira dunia fantasi sains itu merupakan elemen kelima dan diarah oleh Luc Besson dan beliau menaruh harapan tinggi terhadap reputasinya.

    Beliau telah berbelanja sekitar AS$180 juta yang mana merupakan bajet yang tinggi dan akan berupaya mempesonakan kebanyakan kanak-kanak di benua Eropah.

    Pembuat filem yang berpangkalan di Perancis itu telah dihanyutkan oleh ejen spatio temporal ‘Valerian dan Laureline’ sebagai pembaca yang berusia 10 tahun dari komik legenda, Pilote, disunting oleh pencipta ‘Asterix’, Rene Goscinny di mana jalur pertama muncul.

    Ini bukanlah superhero kacak yang biasa dan diadaptasi dari Marvel tetapi pemikiran humanis liberal dengan hati nurani hijau malah yang paling cerdik daripada seorang pahlawan yang handal menembak.

    Christina dan Mezieres sangat teliti dalam rekaan cerita mereka yang mana dipenuhi dengan estetika dalam perjalanan dunia yang mereka sendiri buat. – AFP
    Christina dan Mezieres sangat teliti dalam rekaan cerita mereka yang mana dipenuhi dengan estetika dalam perjalanan dunia yang mereka sendiri buat. – AFP
    Setelah berjaya menjual sekitar lima juta salinan buku mereka di seluruh dunia, mereka berharap sebuah filem blockbuster Hollywood akan membawa lebih ramai peminat. – AFP
    Setelah berjaya menjual sekitar lima juta salinan buku mereka di seluruh dunia, mereka berharap sebuah filem blockbuster Hollywood akan membawa lebih ramai peminat. – AFP

    Lama sebelum Hollywood menemui kuasa hebat terhadap kaum wanita, Laureline tidak hanya berupaya untuk mengalahkan musuh-musuhnya, dia juga selalu selangkah lebih awal daripada Valerian yang lebih berani, baik tapi pasti tidak dapat dilihat.

    Pencipta mereka, artis Jean Claude Mezieres dan penulis, Pierre Christin, memberitahu AFP bahawa mereka sangat gembira dengan ciri-ciri aksi Besson yang menghormati semangat ‘Humanis dan anti perkauman’ terhadap watak-watak yang digunakan.

    Piroteknik spektakuler

    Dianggarkan hanya segelintir individu akan dapat melihat filem tersebut yang mana akan ditayangkan kepada orang ramai khususnya di Amerika Syarikat pada 21 Julai ini di mana filem ini akan banyak mengutarakan dengan aksi hebat seperti pertempuran dan piroteknik.

    “Saya agak sedikit risau kerana ia kelihatan seperti sebuah filem fantasi sains Amerika, pertempuran biasa antara yang baik dan jahat dengan kemenangan yang baik pada akhirnya,” kata Christin kepada wartawan AFP.

    “Kami selalu inginkan bahawa peristiwa dan watak dalam sebuah buku akan dapat disesuaikan dalam dunia skrin tetapi jalur komik yang bagus tidak selalu membuat filem yang baik namun setelah melihat dengan jelas filem berkenaan, saya tidak lagi perlu risau,” kata penulis yang berusia 78 tahun itu.

    Filem itu bukanlah menawarkan satu penyelesaian langsung malah tidak ada jurang antara filem dan buku-buku kami yang membawa kepada satu peristiwa yang berbeza.

    “Kami tidak akan melakukan apa-apa seperti itu,” kata Mezieres yang berusia 78 tahun juga kepada media.

    Humor

    Besson mendapat idea dari jalan ‘The Get-Go’. “Besson adalah salah seorang pembaca kami ketika dia berumur 10 tahun sehingga kami tidak perlu menjelaskan kepadanya siapakan dia Valerian itu.

    Malah saya tidak fikir ia adalah idea yang baik utnuk kita lakukan dalam bentuk skrip. Saya tidak pernah dan tidak suka bekerja semual pada perkara-perkara yang telah saya lakukan sebelum ini,” kata Christin lagi kepada wartawan AFP.

    Kedua-dua pencipta komik itu tidak terlibat langsung dalam filem tersebut dan filem itu merupakan filem yang mahal pernah dihasilkan dalam industri perfileman global.

    Rakan-rakan telah memulakan siri 23 buku berkenaan pada tahun 1967 dengan jalan cerita yang konvensional.

    Namun Valerian dan Laureline dengan cepat mendapati perhatian ramai melalui plotnya yang menarik, menangani persoalan universal, selalunya dipenuhi dengan humor palsu dan kosong.

    Christina dan Mezieres sangat teliti dalam rekaan cerita mereka yang mana dipenuhi dengan estetika dalam perjalanan dunia yang mereka sendiri buat.

    Kebanyakan isu dipenuhi dengan penekanan terhadap toleransi, keyakinan dan ketekunan, kemudiannya dikreditkan dengan mempunyai pengaruh yang besar pada ‘Star Wars’ dan filem ciptaan Besson sendiri iaitu ‘The Fifth Element’.

    Setelah berjaya menjual sekitar lima juta salinan buku mereka di seluruh dunia, mereka berharap sebuah filem blockbuster Hollywood akan membawa lebih ramai peminat berbahasa Asia dan Inggeris ke dalam lipatan masa untuk buku seterusnya yang mana akan diterbitkan dalam bahasa Perancis pada lewat tahun ini.

    Mezieres berkata set bagi ‘Valerian and The City of Thousand Palnets’ sangat bergantung pada karya seni dari buku mereka, tetapi beliau gembira dengan cara mereka yang berjaya menggerakkan dan menghidupkan mereka.

    Satu-satunya kejayaan utama beliau ialah dengan melancarkan model British berambut perang, Cara Delevingne sebagai Laureline berambut merah.

    “Saya agak puas hati dengan itu. Tidak ada model sebenar yang akan menjadi pelakon yang baik tetapi dia telah membuktikan dia salah.

    Cara Delevingne mahu menjadi seorang pelakon dan dia menjadi satu dalam file mini,” tambah kedua-dua penulis itu sebelum mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda