Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Validus bawa masuk jenama Cera

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Validus Enterprise hari ini telah melancarkan dewan pameran baharu menampilkan produk-produk ruang mandi yang berkualiti dan menarik berjenama Cera di Kampung Beribi, Gadong.

    Pelancaran dewan pameran tersebut telah disempurnakan bersama oleh Pengarah Urusan Validus Enterprise, Goo Jia Jie; Pengurus Besar Kanan Cera Sanitarywares Ltd, Dilip Thakker dan Aileen Morante, hari ini.

    Sebelum pelancaran, Goo Jia Jie dalam kata alu-aluannya melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan kepada Validus Enterprise dan pembukaan dewan pameran itu merupakan salah satu mercu tanda yang amat penting bagi kedua-dua syarikat.

    Ia memberikan peluang untuk memperkenalkan barisan produk ruang mandi yang berkualiti dan menarik ke pasaran Brunei.

    Sementara itu, Dilip Thakker dalam ucapannya menerangkan setelah setahun produk Cera mula diperkenalkan ke pasaran di Brunei, sudah tiba masanya bagi Cera bersama-sama Validus Enterprise mempunyai dewan pameran bagi menampilkan barisan produk itu dan memberi peluang kepada pelanggan melihat sendiri barisan produk Cera.

    Ini kerana pelanggan bukan sahaja boleh melihat sendiri produk tersebut, tetapi juga dapat memegang dan memeriksa produk yang dihasilkan dengan teliti, berkualiti serta bernilai estetika yang tinggi.

    Goo Jia Jie bergambar ramai bersama kakitangan Validus Enterprise selepas pelancaran dewan pameran Validus Enterprise.
    Di antara produk ruang mandi jenama Cera yang terdapat di dewan pameran Validus Enterprise.
    Goo Jia Jie dan Dilip Thakker bersama tetamu khas lain yang hadir di majlis pelancaran dewan pameran Validus Enterrpise, hari ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...