Van Aert menyerlah dalam perlumbaan Strade Bianche

SIENA, 2 OGOS – Pelumba berbasikal dari Belgium, Wout Van Aert menyerlah dalam perlumbaan yang panas dan berdebu di Itali ketika peserta peringkat tinggi kembali selepas lima bulan ditangguhkan di perlumbaan klasik hari pertama, Strade Bianche melalui Tuscany kelmarin.

Pelumba Jumbo-Visma, yang menduduki tempat ketiga dalam dua edisi sebelumnya, mula beraksi dalam 13 kilometer terakhir dari 184 kilometer perlumbaan, melintasi garisan bersendirian di Piazza del Campo yang bersejarah di Siena.

Pelumba Itali, Davide Formolo ketinggalan 30 saat di belakang dengan Maximilian Schachmann dari Jerman, ke-tinggal dua saat di tangga ketiga, selepas hampir lima jam mengayuh basikal dalam suhu mencecah 30 darjah Celsius.

“Sepanjang dua edisi terakhir Strade Bianche, saya mendapat banyak keyakinan,” kata Van Aert.

“Ia tidak pernah mudah untuk menang dan lebih sukar daripada biasa dalam keadaan sekarang.” “Ia menjadikan kemenangan lebih baik. Ini adalah bukti saya berada di tahap tertinggi sekarang. “Untuk memenangi Strade Bianche pada usia hanya 25 tahun, dengan latar belakang cyclocross, ia adalah pencapaian yang besar.”

Vincenzo Nibali yang bertembung dengan Peter Sagan antara pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan yang penuh mencabar itu. – AFP

Aksi pelumba pasukan Jumbo-Visma dari Belgium, Wout van Aert meraikan kemenangan selepas hari pertama perlumbaan Strade Bianche. – AFP