SYDNEY, 23 JULAI – Seorang pemandu telah didakwa selepas methamphetamine bernilai lebih daripada AS$140 juta ditemui dalam sebuah van yang merempuh kereta polis yang diletak di luar balai polis Sydney, kata polis hari ini.
Sebuah van telah melanggar kereta yang diletak di luar Stesen Polis Eastwood pada pagi semalam, mengakibatkan kerosakan teruk kepada salah sebuah kereta tetapi tidak mencederakan sesiapa, kata kenyataan polis.
Polis menghentikan sebuah van di pinggir bandar berhampiran kira-kira sejam kemudian, menahan Simon Tu, 28 tahun, dan merampas 273 kilogram ‘crystal meth’ dengan nilai di pasaran gelap berjumlah lebih daripada 200 juta dolar Australia, menurut kenyataan.
Tu didakwa membekalkan dadah dalam kuantiti komersial, memandu dengan cuai dan tidak memberikan butir-butirnya kepada polis. Dia tidak dibenarkan ikat jamin. – AP
