Van de Beek diketepikan skuad Belanda

THE HAGUE, 9 JUN – Pemain tengah Manchester United, Donny van de Beek terpaksa dikeluarkan daripada senarai skuad Belanda bagi kempen Euro 2020 akibat kecederaan, umum skuad kebangsaan negara itu, semalam.

“Van de Beek terpaksa melupakan saingan Kejohanan Eropah. Pemain tengah itu bergelut dengan kecederaan sehingga tidak dapat beraksi bagi Euro 2020,” menurut Twitter pasukan itu.

Pengurus pasukan Belanda, Frank de Boer tidak akan menyenaraikan pengganti bagi Van de Beek yang mempunyai 19 penampilan bersama negaranya. Pemain berusia 24 tahun itu, menyerlah dalam hanya empat perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama United selepas perpindahan £35 juta (AS$49.5 juta) dari Ajax pada September lalu.

Anak buah De Boer akan memulakan kempen kejohanan Eropah dengan menjadi tuan rumah kepada Ukraine di Amsterdam pada Ahad ini.

Mereka juga akan berdepan Austria dan Macedonia Utara di Johan Cruyff Arena dalam saingan Kumpulan C. – AFP