Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Van Nistelrooy dilantik pengurus baharu PSV

    THE HAGUE, 31 MAC – Bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid, Ruud van Nistelrooy dilantik sebagai pengurus baharu di kelab Belanda, PSV Eindhoven, mengambil alih jawatan Roger Schmidt yang tidak memperbaharui kontraknya.

    Van Nistelrooy yang mengumumkan persaraan sebagai pemain pada 2012 selepas aksi terakhirnya bersama Malaga di La Liga Sepanyol, sebelum ini melatih skuad bawah 19 dan bawah 21 PSV sejak tiga musim lalu.

    “Ia sentiasa menjadi impian saya untuk menjadi ketua jurulatih di PSV,” kata bekas penyerang yang menjaringkan 62 gol dalam 67 perlawanan ketika dia beraksi bersama PSV di antara 1998 hingga 2001.

    “Ia adalah masa yang tepat untuk langkah seterusnya,” kata pengurus berusia 45 tahun yang akan mengendalikan pasukan itu musim depan.

    Van Nistelrooy yang menjaringkan 35 gol daripada 70 perlawanan bersama Belanda, menyertai kakitangan kejurulatihan Belanda, Frank de Boer sebagai pembantu ketika Euro 2020.

    Dia turut menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan Belanda dari 2014 hingga 2016.

    “Kami gembira mengesahkan bahawa Ruud van Nistelrooy adalah pengurus baharu kami,” kata Pengarah PSV, John de Jong.

    “Dia seorang pemimpin yang kuat dan penuh inspirasi dan komitmen serta etika kerjayanya tiada tandingan.”

    PSV kini berada di tempat kedua di belakang Ajax dalam liga Belanda, Eredivisie. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...