Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Vanessa Reynauld trauma pergi sekolah gara-gara ‘body shaming’

    Berambut kerinting dan memiliki tubuh badan yang sedikit berisi, penyanyi Vanessa Reynauld mengakui sering menjadi mangsa buli sejak di awal usia kanak-kanak lagi.

    Menurut Vanessa, 21, dia pernah berdepan trauma yang teruk dan takut untuk ke sekolah kerana bimbang dengan layanan buruk daripada rakan-rakan.

    “Saya tak selalu berkongsi mengenai perkara ini tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas, sebenarnya ada sisi kehidupan yang orang tak tahu. Sejak kecil lagi saya selalu kena ejek sehingga pernah rasa takut dan trauma pergi sekolah.

    “Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut Afro semula jadi saya yang cantik ni. Hey, kalau nak buat di salun mahal tau.

    Vanessa menjadikan abangnya sebagai sumber kekuatan untuk meneruskan kehidupan. – Agensi

    “Walaupun saya masih lagi terima kecaman tentang penampilan, ia tidak seburuk dahulu kerana saya dah pandai untuk mengendalikannya,” katanya.

    Penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa duet bersama Naqiu ini berkongsi mengenai luahan hatinya itu menerusi Instastory pada Khamis.

    Enggan menjadikan hinaan itu sebagai penghalang untuk berjaya, Vanessa berkata dia sentiasa berfikiran positif dan kuat berdepan ujian berkenaan.

    Dia mengakui mengambil kekuatan abangnya yang menghidap down sindrom sebagai pembakar semangat untuk terus mara ke depan.

    “Saya takkan biar komen negatif melemahkan saya. Saya kuat kerana keluarga. Saya berjanji untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa, terutamanya kepada abang saya, Christopher. Abang saya insan istimewa, dia menghidap sindrom down. Dia memang bergantung harap kepada orang lain jadi sayalah yang menjaganya setiap hari, memberi dia makan dan mandikan dia.

    “Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana dia adalah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Vanessa bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna pada 28 Januari ini.

    Single yang diterbitkan oleh Adib Hussin ini dicipta oleh Faizal Tahir bersama Mage dan ia merupakan dedikasi khas Vanessa untuk abangnya, Christopher. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...