Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Vanuatu rekod dua kematian COVID

    SUVA, 31 MAC – Vanuatu melaporkan hari ini dua kes kematian COVID yang pertama di negara itu adalah varian Omicron susulan jangkitan tempatan.

    Menurut akhbar Daily Post, Menteri Kesihatan Vanuatu, Bruno Leingkone mengesahkan mangsa adalah seorang wanita berusia 22 tahun dan budak lelaki berusia lima tahun dengan menghidap penyakit lain sebelum dijangkiti virus.

    Dalam kesedaran awam berterusannya, Kementerian Kesihatan menekankan bahawa orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan dan warga emas perlu mendapatkan vaksin kerana mereka berisiko tinggi mendapat penyakit serius, kemasukan ke hospital dan kematian akibat COVID. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...