Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vanuatu tolak cadangan bina pangkalan tentera

    SYDNEY, 10 April – Vanuatu hari ini menegaskan ia tidak bercadang untuk membenarkan China membina pangkalan tentera di wilayahnya selepas satu laporan yang menggambarkan Beijing mendesak bagi cadangan itu, telah mencetuskan kebimbangan di Australia dan New Zealand.

    China secara agresif mengembangkan tentera dan memperluaskan jejaknya dengan lebih mendalam ke Pasifik, menjalinkan hubungan yang lebih dekat bersama negara-negara dengan menawarkan wang bagi pembangunan.

    The Herald, yang memetik beberapa sumber, berkata cita-cita tentera Beijing di Vanuatu akan direalisasikan secara berperingkat, kemungkinan bermula dengan persetujuan akses yang membenarkan kapal-kapal tentera laut China untuk berlabuh secara rutin untuk mengisi bahan api.

    Persetujuan ini kemudian akan dibina, tambahnya, dengan maklumat dan angka keselamatan di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, kebimbangan semakin bertambah mengenai pengaruh China yang semakin meningkat. Tetapi Menteri Luar Vanuatu, Ralph Regenvanu dengan berang telah menolak dakwaan itu.

    “Tiada seorang pun di dalam kerajaan Vanuatu bercakap mengenai pangkalan tentera China di Vanuatu,” katanya kepada stesen radio ABC.

    “Kami bukanlah negara berkecuali. Kami tidak berminat dalam ketenteraan, kami hanya tidak berminat bagi pangkalan tentera di negara kami.”

    Sementara itu, Menteri Luar Australia, Julie Bishop, yang membuat perjalanan ke Vanuatu hujung minggu lalu bersama Putera Charles dari Britain, sebelumnya berkata dia berasa yakin mengenai hubungan kukuh antara Canberra bersama Port Vila.

    “Kami memiliki hubungan yang bagus bersama Vanuatu dan saya masih yakin bahawa Australia adalah rakan strategik pilihan Vanuatu,” katanya.

    Sementara itu China telah melabur dalam infrastruktur di seluruh dunia, sehingga ke hari ini ia hanya membangunkan sebuah pangkalan tentera di Tanduk Afrika, Djibouti – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda