Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Vape bawa padah, kena denda $97,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Seorang lelaki warga Malaysia berusia 38 tahun yang memiliki rokok elektronik seludup dan barangan vape diperintahkan untuk membayar denda $97,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan Kong Han Yuen menjalani hukuman penjara 30 bulan jika gagal membayar denda selepas dia mengaku bersalah memiliki 199 jus vape, 89 mod, rokok elektronik, 94 aksesori vape dan wang tunai $9,849 dan S$55 daripada penjualan barangan seludup itu.

    Pendakwa kastam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pegawai pencegahan kastam telah memeriksa rumah defendan di Kampung Kilanas pada pukul 2:58 petang, 29 Oktober 2021.

    Mahkamah turut memerintahkan agar barangan seludup yang dirampas itu dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...