Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    VAR mungkin diguna musim depan

    PETALING JAYA, 7 NOV – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia memperkenalkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah saingan Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.

    Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata badan induk itu kini dalam proses penelitian dan perbincangan untuk merealisasikan hasrat tersebut yang bakal menyaksikan arena bola sepak negara mengorak satu lagi langkah ke hadapan.

    “Buat masa sekarang, kita cuma bincangkan sama ada untuk mengadakan VAR pada 2023 bagi Piala FA dan Piala Malaysia, belum dalam saingan liga.

    “Setakat ini, semua Exco bersetuju untuk kita gunakan VAR bagi kedua-dua kejohanan itu dan perkara ini bergantung kepada Jawatankuasa Teknikal FAM diterajui Datuk S. Sivasundaram,” katanya pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keenam bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.

    Pada masa sama, Sivasundaram berkata elemen yang perlu dititikberatkan dalam pelaksanaan VAR adalah kos yang mencecah jutaan ringgit selain kualiti capaian Internet di lokasi perlawanan dan kemampuan dari segi peralatan melibatkan aspek penyiaran. – Bernama

    Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata badan induk itu kini dalam proses penelitian dan perbincangan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...