VAR nafikan kemenangan Wolves

LEICESTER, UNITED KINGDOM, 12 OGOS – Leicester City dan Wolves gagal menampilkan aksi terbaik yang menunjukkan mereka boleh berada dalam kelompok enam terbaik Liga Perdana musim ini dengan memulakan kempen dengan seri tanpa jaringan.

Wolves berjaya meletakkan bola ke gawang pada awal babak kedua menerusi Leander Dendoncker tetapi dinafikan VAR apabila jaringan itu dibatalkan kerana terkena tangan Willy Boly.

Kedua-dua pasukan bersama Everton, dilihat sebagai calon boleh mengambil peluang sekiranya Manchester United, Chelsea atau Arsenal merudum musim ini tetapi ia tidak berlaku di Stadium King Power.

Tuan rumah menguasai lebih 70 peratus kawalan bola tetapi perlu menunggu hingga tujuh minit sebelum tamat untuk memaksa penjaga gol Wolves, Rui Patricio menyelamatkan pintu golnya ketika pemain antarabangsa Portugal itu mudah menyelamatkan cubaan Harvey Barnes. – AFP