VAR selamatkan Tottenham

BOURNEMOUTH, 10 JULAI – Bournemouth hampir menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 perlawanan namun dibatalkan disebabkan handball dan mereka berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 pada perlawanan semalam menentang Tottenham yang kurang bernasib baik serta gagal melakukan sebarang percubaan, dalam prestasi terburuk mereka di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak kembali semula.

Callum Wilson hampir menjaringkan gol yang berpotensi memberi kemenangan perlawanan semalam dan telah meraikan jaringan itu bersama rakan sepasukannya, tetapi setelah melihat tinjauan VAR menunjukkan bola terkena lengan rakannya Josh King di depan pintu gawang lawan sebelum Wilson melakukan rembatan.

Bournemouth juga mencipta peluang lebih awal apabila pasukan tuan rumah itu melakukan serangan yang menakjubkan 12 minit sebelum rehat, sejurus selepas pemain pertahanan Bournemouth, Adam Smith menggalami kecederaan serius.

Penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris bergegas keluar dari barisannya untuk menyekat rembatan oleh Harry Wilson.

Tottenham belum lagi menemukan rentak terbaik mereka sejak pengurus baharu mereka Jose Mourinho, yang berpeluang membawa pasukannya layak ke Liga Juara-Juara musim depan tetapi nampaknya peluang itu semakin tipis sekarang.

Tottenham berada di tempat kesembilan, sembilan mata di belakang tempat kelima Manchester United.

Pasukan Mourinho hanya dua mata di belakang Sheffield United yang berada di tempat ketujuh, untuk kelayakan Liga Europa musim depan.

Satu mata yang mengangkat Bournemouth dari tempat ketiga tercorot liga dan tiga mata selamat dari zon penyingkiran.

Smith dibawa keluar dari padang selepas cedera berlanggar di kepala dengan pemain Tottenham, Ben Davies. – AP

Reaksi pengurus Tottenham Jose Mourinho ketika bercakap dengan pemainnya dalam perlawanan antara Bournemouth dan Tottenham di Stadium Vitality, Bournemouth, England, semalam. – AP