Vardy kembali pamer aksi cemerlang

LEICESTER, 10 MAC – Harvey Barnes dan Jamie Vardy masing-masing menjaringkan dua gol setelah Leicester berjaya mengalahkan Aston Villa 4-0 semalam, mengukuhkan lagi kedudukan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pasukan kendalian Brendan Rodgers telah memenangi hanya satu perlawanan daripada tujuh perlawanan Liga Perdana mereka, tetapi kekal berada di tangga ketiga dan menjauhkan jurang mata dengan kelebihan lapan mata ke atas Manchester United yang berada di tempat kelima dalam pertempuran untuk menjadi pasukan keempat teratas.

Kekalahan Villa meletakkan mereka di zon penyingkiran dan tidak banyak peluang lagi bagi mereka untuk menyelamatkan diri selepas hanya tinggal berbaki 10 perlawanan sahaja lagi musim ini.

Tiada pasukan yang telah tewas dan dibolosi lebih banyak gol di Liga Perdana musim ini selain Villa. Sangat mudah bagi Leicester melepaskan diri dan mencipta banyak peluang mudah.

Penjaga gawang Villa, Pepe Reina menghalang tandukan Jonny Evans sebelum Kelechi Iheanacho dan Caglar Soyuncu melakukan percubaan namun tersasar.

Reaksi Jamie Vardy dan James Justin ketika meraikan kemenangan di akhir perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan Aston Villa di Stadium King Power, di Leicester, semalam. – AP

Reina tidak diturunkan ketika Villa mengejutkan Leicester dengan menyingkirkan mereka untuk mara ke perlawanan akhir Piala Liga pada Januari lalu dan keputusan Dean Smith untuk menurunkan pemain Sepanyol, Orjan Nyland berjaya menyumbangkan gol pembukaan lima minit sebelum babak pertama perlawanan itu.

Bekas penjaga gawang Liverpool itu, berada jauh di luar kotak, berjaya dipintas dengan kepantasan Barnes, berjaya melakukan jaringan dari jarak jauh dengan tidak ada yang menghalangnya.

Iheanacho kemudian melepaskan peluang untuk menggandakan jaringan buat Leicester pada awal separuh masa kedua tetapi berjaya membuat hantaran Vardy untuk menambah jaringan.

Vardy bermula di bangku sebagai pemain simpanan selepas kembali daripada kecederaan dan hanya memerlukan empat minit sahaja untuk menemui gol pertamanya dalam 10 perlawanan daripada sepakan penalti.

Vardy sekali lagi menggandakan jaringannya di minit ke-73 ketika ia menemui ruang dari jarak dekat dan sekali gus menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak liga untuk mengejar kejuaraan kasut emas Liga Perdana.

Barnes kemudian menjaringkan gol keduanya hasil daripada hantaran lintang Marc Albrighton. – AFP