Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Varian BA.5 punca kes meningkat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Kenaikan purata kes dalam seminggu sejak kebelakangan ini, kemungkinan besar disebabkan varian BA.4 dan BA.5 yang mana penjujukan genom mendapati selain BA.2, kebanyakannya adalah BA.5.

    “Walaupun ia menunjukkan peningkatan dalam kes harian, kategori 4 dan 5 masih terkawal dan boleh dicegah jika semua mengikuti SOP selain berusaha dengan mengambil vaksin dan sebagainya,” kata Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Mengenai persoalan media tentang beberapa kes kematian yang dicatat sejak seminggu kebelakangan ini, Yang Berhormat Dato menjelaskan beberapa pesakit yang telah meninggal dunia itu sebahagiannya mereka yang sudah berumur dan tidak bervaksinasi.

    “Sebahagiannya pula sudah bervaksinasi tetapi mempunyai masalah lain seperti strok, kanser dan masalah buah pinggang, meskipun mereka yang bervaksinasi itu kebanyakannya sudah mendapatkan dos penggalak tapi ia diambil pada tahun lalu yang mana tempoh perlindungannya melebihi lima bulan.

    “Oleh itu, mereka yang mempunyai imun rendah atau mempunyai penyakit tidak berjangkit (NCD), adalah digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak bagi yang belum mendapatkannya,” tekannya.

    Dengan meningkatnya kes kategori 4 dan 5 ini, katanya, kematian tidak dapat dielakkan namun kita cuba berusaha dan salah satu daripadanya mematuhi SOP dan mengambil vaksinasi yang telah disediakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...