Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Varian baharu COVID mungkin muncul’

    THE HAGUE, 4 SEPT – Agensi Ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EMA) mengumumkan varian baharu COVID mungkin akan muncul semasa musim sejuk ini.

    Namun, agensi itu memberi jaminan vaksin sedia ada dapat melindungi orang ramai daripada dijangkiti penyakit kritikal dan mengurangkan risiko kematian.

    Ketua Vaksin EMA, Marco Cavaleri berkata orang ramai tidak perlu bimbang mengenai kemunculan varian baharu itu kerana ia tidak memerlukan vaksin yang khusus bagi menanganinya.

    “Vaksin asal masih berupaya melindungi orang ramai daripada dijangkiti penyakit berbahaya akibat koronavirus ini dan risiko kematian.

    “Varian baharu pada musim sejuk ini mungkin akan lebih mirip kepada strain Omicron terdahulu, yang kini sebahagian besarnya dapat dibendung menggunakan vaksin bagi varian BA.4 dan 5,” katanya.

    Gambar fail serahan Pfizer menunjukkan bebuli vaksin COVID semasa dikeluarkan syarikat di Kalamazoo, Michigan. Agensi Perubatan Kesatuan Eropah (EMA) mengumumkan varian baharu COVID mungkin akan muncul semasa musim sejuk ini. – AP

    Beliau berkata demikian selepas 27 negara Kesatuan Eropah (EU) sedang mempersiapkan kempen dos penggalak ekoran kebimbangan kemunculan gelombang koronavirus baharu pada hujung tahun ini.

    Katanya, vaksin itu adalah gabungan suntikan baharu yang diluluskan dari strain dominan Omicron dan vaksin asal bagi melawan virus yang muncul di China sejak 2019.

    Khamis lalu, EMA meluluskan vaksin Pfizer/BioNTech dan Moderna bagi menangani subvarian BA.1 Omicron.

    Versi Pfizer yang dikemas kini untuk strain BA.4 dan 5 akan diluluskan pertengahan September ini manakala vaksin seumpamanya keluaran Moderna juga kini dalam pembuatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...