Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Varian baharu punca peningkatan COVID di AS

    LOS ANGELES, 1 NOV – Kes COVID-19 yang disebabkan varian baharu menunjukkan peningkatan di Amerika Syarikat (AS), menurut data terbaharu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Isnin.

    Xinhua melaporkan kes jangkitan membabitkan dua varian baharu BQ.1 dan BQ.1.1 semakin melonjak.

    Pada awal Oktober, setiap satu varian menyumbang kira-kira satu peratus jangkitan baharu di AS dan menunjukkan peningkatan dua kali ganda setiap minggu.

    Menurut data terbaharu itu, BQ.1 membawa kepada kira-kira 14 peratus jangkitan baharu di negara ini pada minggu berakhir 29 Okt manakala BQ.1.1 menyumbang 13.1 peratus jangkitan baharu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...