Varian Filipina dikesan di Sarawak

KUCHING, 30 APRIL – Varian Filipina atau varian P.3 virus COVID-19 dikesan di Sarawak, menurut Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG).

SCOVAG dalam satu kenyataan hari ini berkata varian itu dikesan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak dalam analisis penjujukan genom minggu lepas.

Pengarah IHCM Prof Dr David Perera berkata varian P.3 ditemukan dalam empat sampel diterima dari Kuching dan empat sampel dari Samarahan. – Bernama