Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Varian HIV baharu ditemui di Belanda

    WASHINGTON, 4 FEB – Para penyelidik Oxford mengumumkan semalam penemuan jenis virus HIV yang amat memudaratkan di Belanda, namun disebabkan keberkesanan rawatan moden, ia tidak ‘menimbulkan kebimbangan.’

    Analisis mereka, diterbitkan semalam dalam jurnal Science, menunjukkan pesakit yang dijangkiti dengan ‘varian VB’ mempunyai 3.5 hingga 5.5 kali lebih virus dalam darah mereka berbanding mereka yang dijangkiti dengan varian lain, serta sistem imun yang semakin berkurangan.

    Bagaimanapun, kajian juga mendapati selepas memulakan rawatan, individu dengan varian VB mempunyai pemulihan sistem imun dan ketahanan yang sama dengan individu dengan varian HIV lain.

    “Tidak timbulnya kebimbangan dengan varian virus baharu ini,” kata pakar epidemiologi Oxford Chris Vymant, pengarang kertas berkenaan, dalam temu bual dengan AFP.

    Varian itu kemungkinan muncul pada akhir 1980 dan awal 1990 di Belanda, menurut penyelidik, tetapi mulai berkurangan sekitar 2010.

    Sejak intervensi moden masih berkesan ke atas varian itu, kumpulan penyelidik percaya rawatan HIV di Belanda tidak menyumbang kepada evolusi virus, dan pengesanan awal dan rawatan adalah penting. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...