Varian ‘Mu’ dominan di Colombia

BOGOTA, 3 SEPT – Varian COVID-19 baharu dikenali sebagai ‘Mu’, yang pertama kali dikesan di Colombia pada Januari, kini menjadi varian dominan di negara itu.

Menurut seorang pegawai kesihatan, Marcela MercadoIa, varian itu juga mengancam menjadi gelombang pandemik yang paling berpotensi membawa maut.

“Varian ini menyebabkan banyak kes kematian ekoran gelombang jangkitan ketiga di Colombia antara April dan Jun.

“Dalam tempoh ini, sekitar 700 kematian direkodkan setiap hari, hampir dua pertiga ujian pada individu yang sudah meninggal dunia mendapati mereka kembali positif untuk varian Mu.

“Varian ini sudah ada di lebih 43 negara dan kadar penularan kini lebih banyak,” katanya kepada sebuah stesen radio tempatan kelmarin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Mu, dengan nama saintifik B.1.621, dikategorikan sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI).

Ia mengatakan varian berkenaan mempunyai mutasi yang kebal vaksin dan memerlukan kajian lebih lanjut bagi memahami sifatnya.

“Varian Mu mempunyai mutasi yang menunjukkan kemungkinan mampu mengatasi sistem imun,” lapor agensi itu. – AFP