Varian Omicron BA.2 masih dominan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Kementerian Kesihatan masih melaksanakan ujian PCR dan pada masa ini kebanyakan keputusan ujian masih menunjukkan varian Omicron jenis BA.2.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkara berkenaan semasa menjawab bagaimana pihak kementerian memantau penjujukan genom untuk melihat varian yang ada di negara ini disebabkan pada masa ini ramai yang membuat ujian menggunakan ART berbanding PCR.

Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, ujian PCR masih dilakukan walaupun tidak banyak dan hasil dapatan tersebut menunjukkan varian Omicron BA.2.