Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Varian virus India dikesan di Switzerland

    GENEVA, 25 APRIL – Pihak berkuasa kesihatan awam mengesahkan kes pertama varian COVID-19 yang menyumbang kepada penularan wabak di India dikesan di Switzerland.

    Pejabat Persekutuan Kesihatan Awam Switzerland berkata di Twitter bahawa varian COVID-19 India yang pertama dikesan di negara itu ditemui pada seorang penumpang.

    “Varian virus ditemui pada penumpang yang transit melalui lapangan terbang Eropah,” katanya tanpa menjelaskan maklumat lanjut mengenai kes itu.

    Sebelum ini, pihak berkuasa Belgium pada Khamis lalu berkata sekumpulan 20 pelajar perubatan India yang tiba dari Paris diuji positif, membabitkan varian dari negara itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda