Variasi drama Melayu dan Korea Selatan

Oleh Adiiwira

Minggu lalu, tiga buah drama Melayu, Ayat-Ayat Halal, Janda Kosmopolitan dan Luka di Hati Diya dikongsikan bersama pembaca.

Namun, di antara ketiga-tiga drama tersebut belum menjadi perbualan ramai seperti mana drama 7 Hari Mencintaiku2 yang menjadi fenomena luar biasa yang sehingga kini masih menjadi perbualan sesetengah orang.

Walau bagaimanapun, sejauh mana fenomena ini akan berlanjutan? Ini kerana masih banyak drama-drama lain yang masih ditayangkan seperti Jalan Sesat Menuju Ke Syurga dan drama-drama yang bakal disiarkan di pelbagai siaran televisyen.

Penulis kali ini tidak hanya memfokuskan drama-drama Melayu yang masih atau bakal ditayangkan, malah penulis cuba mengongsikan gabungan dengan beberapa drama Korea Selatan yang setentunya amat diminati generasi muda.

Pengantin Satu Malam

Drama Pengantin Satu Malam merupakan drama yang menggantikan slot siaran Akasia selepas drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang mula disiarkan pada Selasa lalu (18 Ogos). Drama ini merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Sophilea dengan menggunakan tajuk yang sama.

Drama Pengantin Satu Malam merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Sophilea. – Agensi
My Sweetheart Hannan mengandingkan Hafidz Roshdi dan Eyka Farhana. – Agensi
Record of Youth yang bakal ditayangkan pada 7 September ini di tvN dan Netflix. – Agensi

Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Alliance Sdn Bhd yang membariskan pelakon seperti Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Pengantin Satu Malam mengisahkan kehadiran Zulaikha (Amelia Henderson) sebagai seorang pekerja baharu di cawangan Zahred (Nazim Othman) yang membuatkan Zahred terkenang dengan bekas kekasihnya, Balqis.

Sejak daripada kekecewaan cinta pada masa lampau, Zahred yang membenci kaum wanita, sering mencari kesalahan Zulaikha di tempat kerja serta melonggokan banyak kerja kepadanya.

Namun Rasul (Fizo Omar) sentiasa memihak kepada Zulaika dan memujinya.

Suatu hari, Zulaikha yang terdesak mahu mendapatkan duit untuk menyelamatkan ibunya, cuba membuat pinjaman dari Zahred yang bernilai RM100,000. Malah Zulaikha sanggup mencagarkan rumah demi mendapatkan pinjaman tersebut daripada syarikat. Namun, Zahred menolak cagaran tersebut sebaliknya mahu Zulaikha menjadi ‘isteri satu malam’ kepadanya.

Flower of Evil

Drama Korea, Flower of Evil merupakan drama yang diarahkan oleh Kim Cheol-Kyu yang disiarkan di rancangan tvN. Drama ini mula ditayangkan pada 29 Julai lalu dan masih bersiaran bagi 16 episod. Beberapa pelakon yang membarisi drama ini ialah Lee Joon-Gi, Moon Chae-Won, Jang Hee-Jin, Seo Hyun-Woo dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan tentang seorang psikopat yang mengubah identitinya untuk menyembunyikan masa lalunya yang gelap, dan isterinya yang detektif, yang berusaha mencari kebenaran setelah mengetahui tentang penipuannya.

Baek Hee Sung (Lee Joon Ki) merupakan tukang besi. Berkat bengkelnya, dia menghasilkan cukup wang untuk menampung isteri dan anak perempuannya dan menunjukkan dedikasi sebagai suami dan ayah yang patut dicontohi. Hee Sung merupakan lelaki berkeluarga baik dalam rumah tangga mahupun dalam membesarkan anak.

Dia tidak tamak dan puas dengan apa yang sudah ada. Walau bagaimanapun, bahagian luar yang sempurna ini menyembunyikan beberapa rahsia yang sangat gelap. Dia lebih suka isterinya Cha Ji Won (Moon Jae Won) yang bertugas di jabatan jenayah kekerasan, tidak pernah mengetahui rahsianya. Cerita ini bergenre penyiasatan dan thriller atau melodrama.

My Sweetheart Hannan

Drama ini merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel bertajuk My Sweetheart Hannan digunakan juga dengan nama yang sama pada drama) karya Nureen Mirza. Drama 26 episod yang bakal disiarkan di rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM). My Sweetheart Hannan ini diarahkan oleh Adam Hamid dan diterbitkan oleh Halfmoon Entertainment, Apakes Media yang mengandingkan Hafidz Roshdi dan Eyka Farhana.

My Swwetheart Hannan ini menceritakan tentang Hannan dan Hizzad pernah berkahwin, dan bercerai. Pertemuan semula selepas dua tahun membuatkan Hizzad sedar dia masih punya perasaan terhadap Hannan.

Namun, hati Hannan tidak mudah dilembutkan, lantaran luka yang pernah Hizzad tinggalkan.

Namun, takdir menyatukan mereka kembali ke gerbang pernikahan. Bermulalah suka duka dalam perkhawinan kedua Hizzad dan Hannan. Berhadapan dengan kebencian mak mentuanya, buatkan Hannan meraup dada. Sofea dan Adam pula sentiasa berbuat onar untuk meruntuhkan mahligai baharu mereka.

Ditambah lagi dengan kehadiran mesej misteri seringkali buat Hannan pening kepala. Dapatkah Hizzad dan Hannan menjulang bahagia? Atau rumah tangga yang dibina kali kedua ini bakal ranap seperti yang pertama?

Record of Youth

Drama terakhir yang ingin dikongsikan penulis ialah drama Korea yang bertajuk Record of Youth yang bakal ditayangkan pada 7 September ini di tvN dan Netflix. Drama ini diarahkan oleh Ahn Gil-Ho yang dibarisi pelakon seperti Park Bo-Gum, Park So-Dam,Byeon Woo-Seok, Ha Hee-Ra,Shin Ae-Ra dan ramai lagi.

Drama Korea ini mengisahkan tentang kisah muda mudi dalam industri model yang berupaya mengejar mimpinya. Sa Hye-joon (Park Bo-gum), model yang bekerja tanpa lelah untuk mewujudkan impiannya sebagai seorang pelakon.

Di sebalik profesionnya sebagai model, Sa Hye-joon juga seorang pekerja separuh masa yang mencari pendapatan tambahan untuk dia bertahan hidup.

Meski banyak hal tak berjalan sesuai harapan, Sa Hye-joon tak pernah menyerah kalah dan terus menantang diri untuk melangkah maju.

Ahn Jung-ha (Park So-dam), seorang penata rias yang gigih sekaligus penggemar berat Sa Hye-joon. Ahn Jung-ha digambarkan sebagai pekerja keras dengan keperibadian yang tidak mudah tergugat oleh segala yang terjadi di sekitarnya.

Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) seorang model dan aktor yang juga sahabat Sa Hye-joon. Dia adalah seorang pemuda yang ingin diakui karena kerja kerasnya bukan dengan apa yang dia miliki sejak lahir.

Won Hae-hyo memiliki keperibadian yang baik dan sopan, tetapi juga memiliki daya saing yang kuat.

Dia percaya bahawa dia boleh mencapai kedudukannya sekarang setelah melalui persaingan yang adil dan setara dengan temannya, Sa Hye-joon.