Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal

    KUCHING, 5 SEPT – Variasi genom Malaysia daripada po-pulasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata perbezaan genetik adalah antara aspek penting yang diteliti oleh para penyelidik dalam ujian klinikal terutama bagi menguji keberkesanan rawatan.

    Khairy berkata oleh yang demikian, Malaysia adalah destinasi terbaik kerana tiada negara lain yang memiliki satu pertiga daripada profil genomik dunia.

    “Satu pertiga (daripada profil genomik di dunia) ini adalah sama ada Cina atau India dan kita memilikinya di Malaysia. Kita juga memiliki banyak lagi termasuk profil genomik Melayu.

    “Dalam sains, perbezaan genetik sememangnya membezakan sejauh mana keberkesanan rawatan,” katanya.

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang media selepas melawat Hospital Simunjan, Sarawak kelmarin. – Bernama

    Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Novartis Malaysia, Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) dan Hospital Umum Sarawak di sini hari ini.

    Khairy berkata Malaysia turut menawarkan antara kos terendah bagi penyelidikan dan ujian klinikal di rantau ini.

    “Tempoh ujian kita juga adalah antara yang terpantas di dunia, daripada penyerahan kepada semakan etika hanya mengambil masa sebulan.

    “Ini menyebabkan Malaysia kini berada di kedudukan kedua di Asia Tenggara bagi bilangan ujian klinikal tajaan industri,” katanya.

    Khairy berkata sejak 2012, Malaysia telah menjalankan lebih 1,900 penyelidikan klinikal yang ditaja.

    “Tahun lepas, Malaysia menjalankan sebanyak 215 projek penyelidikan klinikal tajaan baharu dengan nilai kontrak keseluruhan RM226 juta,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...