Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Varieti donat enak di dunia

    KITA biasa makan donat yang bentuknya bulat dan berlubang di tengah. Keenakan donut dapat dirasa dari kelembutan doh. Ia antara pencuci mulut paling popular di serata dunia. Pergilah ke mana sahaja, pasti akan ada kedai yang menjual donat. Kini donut mempunyai pelbagai variasi dan rasa, jika dahulu hanya doh dan disalut gula tabur.

    Sebenarnya donat pun ada mengikut kategori bagi setiap negara. Lain negara, lain rupa donut yang mereka sediakan. Di sini dikongsikan beberapa donat yang terdapat mengikut negara serata dunia.

    1-Bomboloni – Itali

    Orang Itali menambah lagi selera mereka dengan mengisikan krim pastri di dalam donat mereka. Menjadikan bomboloni donat yang mempunyai pelbagai rasa inti pilihan.

    2-An-doughnut – Jepun

    Donat asal Jepun berintikan kacang merah dan disalut dengan gula tabur.

    3-Churros – Mexico

    Churros bukanlah sejenis Churros tapi ialah donut yang berbentuk panjang dan boleh dicicah dengan sirap coklat.

    4-Donat kentang – Indonesia

    Daripada menggunakan tepung, orang Indonesia memilih kentang untuk menyediakan donut.

    5-Sopaipilla – Sepanyol

    Bentuknya sangat berbeza dari donat tradisional yang kita kenal. Namun resipi doh tetap sama dan ia dimakan bersama madu. – Agensi

    Bomboloni. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda