Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    VATS, SBRT: Rawatan kanser paru-paru masa depan di UMSC

    Oleh Jenny Imanina Lanong Abdullah & Murni Mat Nasri

    KUALA LUMPUR – Secara tradisinya, pembedahan untuk kanser paru-paru dibuat menerusi torakotomi, yang memerlukan pemotongan otot dan membuka sangkar rusuk sebelum memasuki dinding dada untuk mengeluarkan kanser.

    Pada 1997, Naib Pengarah Tokyo National Cancer Hospital, Tsuguo Naruke mengetuai sepasukan pakar bedah untuk pembedahan seorang wanita berusia 69 tahun yang didiagnos tahap awal kanser paru-paru.

    Pembedahan itu dilaporkan berjaya. Ia dibuat menerusi ‘Video-Assisted Thoracic Surgery (VATS)’ dan dilaporkan yang pertama seumpamanya di dunia.

    Dalam melakukan pembedahan itu, Naruke menggunakan forsep ‘dissecting’ dan ‘knotting’ sementara memerhatikan bahagian dalam paru-paru yang ditunjukkan pada monitor televisyen menerusi torakoskop.

    Beliau kemudian memotong lobus yang dijangkiti kanser dan mengeluarkan bahagian itu menerusi insisi sepanjang enam sentimeter di kedua-dua bahagian belah badan.

    Dr Sivakumar Krishnasamy memberitahu Bernama baru-baru ini semua lobektomi akan ditimbangkan untuk VATS, di mana yang perlu. (Lobektomi ialah pembedahan untuk membuang salah satu lobus paru-paru.) – Bernama
    Berdasarkan hasil yang dikumpulkan daripada ujian yang berbeza, Dr Adlinda percaya SBRT atau Stereotactic Ablative Body Radiotherapy (SABR), mempunyai hasil positif yang serupa seperti pembedahan tetapi lebih baik dari segi morbiditi rawatan. – Agensi

    Pembedahan tersebut mengambil masa enam jam dengan sedikit pendarahan. Pesakit tidak memerlukan transfusi darah.

    Sejak itu, pembedahan invasif minimal menjadi bahagian penting teknologi perubatan moden.

    Mengenai VATS

    Pembedahan invasif minimal dilakukan menerusi insisi kecil supaya mengurangkan trauma, kesakitan serta risiko jangkitan kepada pesakit berbanding pembedahan terbuka.

    Pakar bedah perunding kardiotoraks Pusat Pakar UM (UMSC), Dr Sivakumar Krishnasamy memberitahu Bernama baru-baru ini semua lobektomi akan ditimbangkan untuk VATS, di mana yang perlu. (Lobektomi ialah pembedahan untuk membuang salah satu lobus paru-paru.)

    “Bagaimanapun, pembedahan invasif minimal tidak sesuai untuk semua kes kanser paru-paru kerana untuk melakukan pembedahan, saiz tumor serta lokasi memerlukan pertimbangan serius, dan sama ada pembedahan itu boleh dilakukan secara selamat. Juga perbezaan utama antara pembedahan terbuka dan VATS adalah “parut”.

    “Apabila pesakit mempunyai parut yang kecil, trauma tisu dan kesakitan juga berkurangan. Mereka cepat pulih dan tidak perlu tinggal lama di hospital. Pesakit bermotivasi untuk menjalani peringkat rawatan yang seterusnya, sekiranya diperlukan,” tambahnya.

    Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata sekiranya pesakit didiagnos dengan nodus limfa positif atau dengan tumor yang berkanser yang melebihi empat sentimeter menjalani VATS untuk membuang kanser, pesakit itu akan lebih bersedia untuk peringkat rawatan seterusnya.

    Rawatan itu, kata beliau ialah kemoterapi campur-tolak radioterapi. Pesakit yang menjalani pembedahan terbuka, sebagai perbandingan, mungkin perlu tinggal lebih lama di hospital.

    Sambil menekankan keselamatan pesakit adalah paling utama, Dr Sivakumar menambah VATS boleh ditukar kepada pembedahan terbuka sekiranya diperlukan, terutama dalam keadaan yang melibatkan membuang tumor yang sukar atau pendarahan.

    “Sasaran kami mahu mencapai pendekatan VATS sepenuhnya di UMSC, tetapi keadaannya mungkin berbeza sewaktu prosedur sebenar dibuat. Sebagai contoh, jika nodus besar tersumbat di dalam pembuluh darah utama dan sekiranya saya tidak berupaya melakukan ‘keyhole’ (pembedahan infasif minimal dijalankan menerusi insisi amat kecil), saya kemudiannya akan menukar prosedur kepada pembedahan terbuka,” katanya.

    Dr Sivakumar menambah, berdasarkan pengalaman pesakitnya, pembedahan invasif minimal memberi kelebihan untuk pesakit dapat bergerak lebih awal dan membantu membuat pilihan rawatan berbanding pesakit yang menjalani pembedahan terbuka.

    Radio Terapi Badan Stereotaktik (SBRT)

    Pembedahan invasif minimal merupakan alternatif amat baik kepada pembedahan terbuka, bagaimanapun, ia mungkin bukan rawatan yang tepat untuk semua orang.

    Pakar onkologi klinikal UMSC, Dr Adlinda Alip berkata sesetengah pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan lain yang membuatkan mereka tidak sesuai untuk diberi pembiusan penuh.

    Bagi pesakit-pesakit ini, rawatan radioterapi akan ditawarkan sebagai alternatif.

    “Sama ada radioterapi konvensional, di mana mereka akan datang setiap hari dari Isnin hingga Jumaat selama empat hingga enam minggu untuk rawatan, atau radioterapi teknik lanjutan seperti Stereotactic Body Radiotherapy (SBRT),” katanya.

    Menurut Cancer Research UK, radioterapi teknik lanjutan akan melakukan radioterapi daripada pelbagai kedudukan di sekitar badan. Pancaran akan terkena kepada tumor yang bermakna tumor itu akan menerima radiasi yang tinggi dosnya sementara tisu di sekitarnya hanya menerima radiasi yang rendah.

    Tempoh rawatan juga singkat antara satu hingga lapan rawatan, berbanding radioterapi tradisional yang mengambil masa empat hingga enam minggu.

    Dr Adlinda juga berkata teknik SBRT adalah pilihan sekiranya pesakit enggan atau tahap kesihatannya tidak membolehkan dia menjalani pembedahan.

    “Untuk kes peringkat awal, pesakit akan dinilai untuk pembedahan. Tetapi sekiranya pesakit tidak mahu pembedahan, SBRT ini adalah alternatif baginya. Penting untuk pesakit tahu mereka mempunyai pilihan rawatan kerana sesetengah pesakit mungkin tidak suka pembiusan sepenuhnya semasa pembedahan,” katanya.

    Menurut Dr Adlinda, untuk SBRT, pesakit dengan kanser paru-paru peringkat awal diberi keutamaan, dengan saiz tumor tidak melebihi lima sentimeter dan kanser tidak merebak ke kawasan nodus limfa yang lain.

    Berdasarkan hasil yang dikumpulkan daripada ujian yang berbeza, Dr Adlinda percaya SBRT atau Stereotactic Ablative Body Radiotherapy (SABR), mempunyai hasil positif yang serupa seperti pembedahan tetapi lebih baik dari segi morbiditi rawatan.

    Sementara itu , Dr Sivakumar berkata pesakit yang didapati mempunyai paru-paru yang lemah akan ditimbangkan untuk SABR dan bukan pembedahan.

    Kata beliau kajian ke atas penggunaan SABR, hasil penggunaan ke atas pesakit yang mempunyai kecederaan ke atas mana-mana tisu (peripheral lesion), yang kurang daripada tiga sentimeter, menunjukkan resolusi anatomi sebanyak 95 peratus.

    “Ini bermakna hampir minimal sel kanser ditinggalkan, seolah-olah semuanya sudah dibuang semasa pembedahan,” tambahnya.

    Dr Sivakumar berpendapat rawatan terbaik untuk kanser paru-paru masih “resection surgery” seperti yang dibuktikan oleh manfaat survival lima tahun untuk pesakit.

    “Dengan kemajuan semasa pelbagai rawatan, kemoterapi, immunoterapi dan lain-lain, memang ada pesakit yang bertahan lama tetapi rawatan itu tidak menyembuhkan kanser mereka. Jadi jika mereka tidak menjalani rawatan pembedahan sedangkan mereka didapati sesuai untuk menjalani, pesakit itu akan kerugian manfaat survival lima tahun itu,” tambahnya.

    Beliau merumuskan untuk pesakit yang sesuai untuk menjalani pembedahan, memilih SABR dan bukannya pembedahan mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk mereka kerana menidakkan diri mereka mendapatkan rawatan yang terbaik.

    Sementara itu, pakar perunding respiratori UMSC, Dr Ernest Poh Mau Ern berkata rawatan kanser, terutamanya kemoterapi sekian lama dikatakan mempunyai kesan sampingan seperti muntah berlarutan, ruam atau rambut gugur.

    Semua perkara yang negatif ini membuatkan pesakit takut untuk mendapatkan nasihat perubatan dan rawatan.

    Beliau berkata meskipun kaedah kemoterapi lama mungkin menghasilkan kesan sampingan negatif itu, tetapi sekarang ada modaliti rawatan yang lebih baru dan tidak mendapatkan kesan sampingan yang teruk.

    Modaliti ini boleh membawa kepada penyembuhan untuk pesakit kanser tahap awal sementara mereka yang menghidap kanser tahap yang lebih tinggi, kaedah ini boleh meningkatkan kualiti hidup mereka, tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda