Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Venezuela adakan undian lantik ahli baru

CARACAS, 30 Julai – Venezuela hari ini merancang mengadakan pengundian untuk melantik badan undangan baru yang berkontroversi yang pembentukannya telah mencetuskan rasa cemas antarabangsa dan bantahan di jalan raya yang mengakibatkan maut yang membantah Presiden negara itu, Nicolas Maduro.

Maduro yang dalam kepayahan berusaha mengukuhkan rejimnya, meramalkan ‘kemenangan besar’ dalam pengundian Dewan Perhimpunan Pengundian warga negara yang mempunyai 545 anggota yang diberi kuasa untuk membubarkan parlimen yang dikawal pihak pembangkang dan menggubal semula perlembagaan.

Namun pihak pembangkang menggesa pemulauan pengundian itu dengan mengatakan pengundian itu adalah langkah ke arah ‘kepimpinan diktator’ oleh presiden yang tidak popular yang ingin terus berkuasa dengan sokongan pihak tentera yang setia.

Warga Venezuela menyusun undi mereka di sebuah stesen pengundian di Caracas pada 30 Julai 2017. Undian dibuka di Venezuela kelmarin untuk pemilihan ‘Dewan Konstituen’ baru. – AFP

AS , EU dan kuasa-kuasa Amerika Latin, termasuklah Argentina, Brazil Colombia dan Mexico, membantah pengundian itu dengan mengatakan ia akan memusnahkan demokrasi Venezuela.

Tinjauan oleh firma tinjauan Datanalisis, menunjukkan lebih 70 peratus rakyat Venezuela membantah idea dewan perhimpunan baru dan 80 peratus menolak kepimpinan Maduro.

Bantahan di jalan raya selama empat bulan yang menentang Maduro telah mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh dan memperlihatkan perpecahan politik teruk di negara yang kaya minyak ini yang menyebabkannya dicengkam bencana ekonomi. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -