Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Venezuela, Colombia pulih hubungan diplomatik

    SAN CRISTOBAL, VENEZUELA, 29 JULAI – Venezuela dan Colombia akan menjalin semula hubungan diplomatik pada peringkat kedutaan apabila presiden dilantik Gustavo Petro menerajui tampuk pentadbiran di Bogota pada 7 Ogos.

    Hubungan antara kedua-dua negara terputus pada 2019 selepas Presiden Colombia Ivan Duque enggan mengiktiraf pemilihan semula rakan sejawatan Venezuela Nicolas Maduro.

    Duque sebaliknya menyokong pemimpin pembangkang Juan Guaido untuk menjadi pemangku presiden Venezuela.

    Colombia adalah salah satu daripada 60 negara yang berbuat demikian, setelah menolak pilihan raya presiden Venezuela pada 2018 yang dipulau oleh pembangkang.

    Menteri luar Venezuela Carlos Faria menghoskan menteri luar Colombia Alvaro Leyva di San Cristobal, ibu negeri Tachira di sempadan antara kedua-dua negara.

    Leyva membaca satu kenyataan mengatakan kedua-dua pemimpin telah ‘meluahkan hasrat mereka untuk memajukan agenda ke arah pemulihan hubungan dua hala bermula 7 Ogos dengan menamakan duta dan pegawai diplomatik dan konsulat’.

    Maduro menggelar mesyuarat tiga jam sebagai ‘berjaya’ dan berkata diplomat telah membincangkan ‘pembukaan ekonomi dan komersial’ serta ‘rancangan keselamatan’ untuk sempadan. Petro, presiden sayap kiri pertama Colombia, berkata semasa kempen bahawa beliau akan menjalin semula hubungan diplomatik dengan Venezuela selepas dilantik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...