CARACAS, 17 Okt – Seramai 23 gabenor yang baharu dipilih dalam pilihan raya wilayah Venezuela akan mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Perlembagaan Negara (ANC), kata presiden ANC, Delcy Rodriguez, pada Isnin lapor agensi berita China Xinhua.
“Esok (Selasa) ANC akan bersidang dan gabenor yang baharu dilantik akan angkat sumpah,” kata Rodriguez selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Pemilihan Kebangsaan (CNE), Tibisay Lucena.
Beliau berkata, selain itu ANC akan mengambil-alih proses audit pemilihan, dengan pengesahan untuk audit telekomunikasi dan kewarganegaraan masih belum selesai. – Bernama