Venezuela minta bantuan Iran hidup loji minyak

CARACAS, VENEZUELA, 24 APRIL – Ketika Presiden Trump meningkatkan tekanan terhadap Nicola Maduro, pemimpin Venezuela itu telah berpaling kepada Iran untuk membantu menghidupkan semula loji penapisan minyaknya yang lama, dalam usaha memastikan negara yang memiliki rizab minyak terbesar dunia itu tidak kehabisan petrol, menurut laporan.

Pada Khamis, pesawat syarikat pe-nerbangan Iran, Mahan Air tiba di sebuah bandar barat Venezuela yang menghantar komponen kimia utama yang digunakan untuk menghasilkan petrol, kata dua sumber industri minyak yang biasa dengan operasi itu kepada AP.

Mereka bertegas memaklumkan pelan menyelamat itu tanpa mengenalkan diri kerana tidak diberi kuasa berbuat mengulas mengenainya.

Sebanyak 14 penerbangan lagi dijangka tiba dalam beberapa hari akan datang, beberapa di antaranya membawa juruteknik Iran.

Laman web FlightRadar24, yang mengawal penerbangan antarabangsa, menunjukkan laluan pesawat tersebut.

Beberapa pemandu kereta dalam beberapa minggu kebelakangan ini mula berbaris di stesen minyak selama beberapa hari bagi mendapatkan petrol di Caracas. – AP

Beberapa pemandu dalam beberapa minggu kebelakangan ini mula berbaris di stesen minyak selama beberapa hari bahkan di ibu negara Caracas, pusat politik negara orang ramai tetap menunggu, walaupun perintah berkurung akibat COVID-19 yang ketat mengehadkan pergerakan mereka.

Penerbangan Iran ke Venezuela jarang terjadi, dan penerbangan yang mendarat pada Rabu dan Khamis di sebuah lapangan terbang di negeri Falcon berlaku di tengah larangan penerbangan yang dikuatkuasakan oleh Maduro kerana wabak tersebut.

Lapangan terbang itu berdekatan dengan Kompleks Penapisan Paraguana, salah satu loji penapisan minyak terbesar di dunia.

Pentadbiran Trump baru-baru ini mengetuai kempen tekanan maksimum yang bertujuan menggulingkan Maduro, menganggap pemimpin pembangkang Juan Guaido sebagai pemimpin negara itu yang sah.

AS dan pakatan 60 negara mengatakan Maduro tidak mahu melepaskan kuasa susulan pilihan raya 2018 yang dianggap pengkritik sebagai satu penipuan kerana kebanyakan ahli politik popular pembangkang dilarang daripada bertanding. – AP