Venezuela naikkan harga minyak

CARACAS, 31 MEI – Venezuela akan meningkatkan harga minyak pada Jun, kata presiden, meletakkan had pada subsidi negara yang selama berdekad-dekad telah membenarkan rakyatnya untuk mengisi tangki gas hampir-hampir percuma.

Walaupun negara itu memiliki simpanan gas terbesar, pengeluarannya telah terjejas dan penduduk Venezuela berdepan kekurangan teruk – yang diburukkan oleh impak COVID-19 ke atas ekonomi.

Di bawah perubahan itu, yang berkuat kuasa bermula 1 Jun, para pemandu akan dibenarkan untuk mengisi 120 liter gasolin sebulan dan kira-kira 60 liter untuk motosikal pada harga subsidi sekitar 50 bolivars (AS$0.025) seliter.

Sementara itu, individu akan dikehendaki untuk membayar harga antarabangsa.

Ia muncul selepas tangki-tangki minyak Iran, membawa gasolin yang sangat diperlukan, tiba di Venezuela.

“Kami telah memutuskan 200 stesen minyak akan dibenarkan untuk menjual produk ini pada harga antarabangsa,” kata Presiden Nicholas Maduro kelmarin, mengumumkan penamatan kepada negara yang memonopoli minyak. Bercakap dari Caracas, dia berkata harga di stesen-stesen minyak ini akan ditetapkan pada harga 50 sen seliter.

Sekitar 200 stesen minyak akan ‘dijalankan oleh kontraktor swasta’ akan dibenarkan untuk mengimport gasolin, kata Maduro, namun dia tidak mengatakan siapa yang akan diberikan lesen. – AFP

Kenderaan berbaris panjang membeli minyak di Caracas, Venezuela. Venezuela akan meningkatkan harga minyak pada Jun dan meletakkan had pada subsidi negara. – AP