Venezuela sahkan pesaing Guaido sebagai speaker parlimen

CARACAS, 27 MEI – Mahkamah Agung Venezuela kelmarin meluluskan anggota pembangkang, Luis Parra, sebagai speaker parlimen setelah bertelagah selama sebulan dengan pemimpin pembangkang Juan Guaido, yang turut menuntut peranan tersebut.

Mahkamah yang terdiri dari orang-orang yang setia kepada Presiden Nicolas Maduro, menyatakan tuntutan Para adalah ‘sah’, katanya dalam satu kenyataan. Guaido telah menolak Parra sebagai ‘rakan kediktatoran’.

Parlimen Majlis Nasional adalah satu-satunya cabang kerajaan Venezuela di tangan pembangkang.

Parra, yang memutuskan hubungan dengan Guaido selepas dituduh melakukan rasuah, dilantik sebagai speaker parlimen pada bulan Januari dalam tindakan yang dibantah oleh pembangkang sebagai rampasan kuasa parlimen.

Guaido, yang memegang jawatan untuk penggal sebelumnya, dilarang menghadiri undi oleh tentera dalam adegan dramatik dan huru-hara.

Apabila beliau dibenarkan untuk masuk ke dewan parlimen, Parra mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Guaido telah mengangkat tangan dan bersumpah untuk penggal seterusnya sebagai pemimpin perhimpunan.

Venezuela yang dilanda krisis telah berada dalam kekacauan politik sejak 2019, ketika Guaido menggunakan posisinya sebagai speaker untuk menyatakan dirinya bertindak sebagai presiden dalam cabaran langsung kepada kewibawaan Presiden Nicolas Maduro.

Hampir 60 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, yang mengiktiraf beliau sebagai pemimpin interim. – AFP