Venezuela tahan dua rakyat AS kerana menceroboh

CARACAS, 5 MEI – Dua orang rakyat Amerika Syarikat (AS) telah ditahan di Venezuela kelmarin kerana disyaki merancang untuk menggulingkan perdana menteri Nicolas Maduro, yang telah menuduh ketua pembangkang yang disokong oleh AS, Juan Guaido, menerima sokongan kewangan.

Penahan tersebut dibuat sehari selepas kerajaan berkata pihaknya menggagalkan ‘pencerobohan’ dari laut, membunuh lapan orang penyerang dan menangkap dua yang lain.

Maduro yang muncul di televisyen negara menunjukkan pasport Luke Denman, 34 dan Airan Berry, 41, dan diberitahu oleh tentera komando tinggi Venezuela bahawa pasangan itu adalah anggota keselamatan AS.

Peguam Negara, Tarek William Saab memberitahu wartawan bahawa ‘tentera upahan’ yang telah menandatangani kontrak AS$2 juta dengan Guido menggunakan dana yang ‘dicuri’ dari syarikat minyak kerajaan, PDVSA.

Amerika Syarikat – salah sebuah negara yang menyokong Guaido sebagai pemangku presiden Venezuela ketika dia mencabar Maduro untuk jawatan presiden – telah mengenakan sekatan terhadap PDVSA dan membenarkan Guaido untuk menggunakan dana dari akaun yang dibekukan kepunyaan milik anak syarikat yang berpusat di Houston, Citago.

Saab berkata Guaido telah menandatangani kontrak dengan bekas tentera pasukan khas AS, Jordan Goudreau, yang dikaitkan dengan beberapa laporan media minggu lalu dengan cubaan untuk menjatuhkan Maduro. – AFP