Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Venezuela tumpas ‘rampasan kuasa’

    CARACAS, 27 JUN – Kerajaan sosialis Venezuela berkata ia berjaya menumpaskan satu percubaan merampas kuasa, mendakwa Amerika Syarikat (AS), Colombia dan Chile berpakat dalam satu komplot untuk membunuh Presiden Nicolas Maduro.

    Dakwaan itu adalah yang terbaharu dalam beberapa siri usaha oleh Maduro, yang menghadapi reaksi hebat di negara berhubung kegagalan ekonomi dan inflasi meningkat, serta pemulauan antarabangsa.

    Pemimpin itu dibelenggu dalam pergelutan kuasa dengan Juan Guaido, lelaki yang diiktiraf oleh AS dan berpuluh negara lain sebagai pemimpin sementara sah.

    Maduro mengingatkan bahawa beliau ‘tidak akan berasa belas kasihan dalam serangan balas ke atas percubaan rampasan kuasa – tidak berhati perut!’

    Dalam ucapan yang disiarkan di seluruh negara, Maduro mengecam ‘percubaan orang Fasis untuk membunuh saya’ – dan mengutuk Presiden Colombia Ivan Duque berkata ‘persubahatannya’ adalah ‘ketara.’

    Menteri Komunikasi Venezuela Jorge Rodriguez berkata rampasan kuasa membabitkan pegawai tentera aktif dan bersara, dan sepatutnya dilancarkan pada hujung minggu lalu.

    “Kami semua berada dalam mesyuarat untuk merancang rampasan kuasa. Kami semua berada dalam persidangan,” kata beliau, mencadangkan pemberi maklumat telah menyusup masuk pengkomplot, sekurang-kurangnya enam di antara mereka telah ditahan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda