Venice sedia hadapi banjir

VENICE, 14 NOV – VeItali bersiap sedia mengisytiharkan darurat untuk bandar ini hari ini selepas fenomena pasang surut luar biasa berlaku di kawasan gereja, kedai dan rumah, menyebabkan kerugian bernilai jutaan euro di bandar diiktiraf UNESCO itu.

Pelancong bermain-main di sekitar Dataran St Mark yang dibanjiri air, mengambil gambar sambil memakai but plastik neon dan mengambil kesempatan daripada cuaca buruk yang menyebabkan air pasang.

Siren amaran banjir dapat didengar di seluruh bandar terusan itu awal hari ini namun paras air kekal rendah berbanding Selasa lalu, tertinggi dalam tempoh 50 tahun.

Perdana Menteri Giuseppe Conte, yang menyifatkan insiden banjir itu ‘tamparan kepada nadi negara’ bertemu Datuk Bandar Venice Luigi Brugnaro dan perkidmatan kecemasan sebelum menaiki bot laju untuk melawat premis perniagaan dan penduduk tempatan terjejas akibat pasang surut itu.

Katanya, penduduk yang mana rumah mereka terjejas akan memperoleh bantuan kerajaan sebanyak 5,000 euro sementara pemilik restoran dan kedai boleh menerima sehingga 20,000 euro dan boleh memohon lebih banyak kemudian.

Beberapa muzium masih ditutup kepada orang awam hari ini.

Ketika pihak berkuasa menilai kerosakan lanjut kepada khazanah budaya di sini seperti Basilica St Mark yang dinaiki air, penduduk setempat menentangnya.

“Ia adalah cara saya meneruskan kehidupan, apa yang boleh saya lakukan,” kata Stefano Gabbanoto, 54, ketika membuka kiosk akhbar walaupun banjir.

Pelancong Austria, Cornelia Litschauer, 28, berkata, perasaannya bercampur-campur melihat dataran terkenal Venice ditenggelami air sebahagiannya. – AFP

Beberapa orang penduduk tempatan memakai kasut kalis air di kawasan banjir di St. Mark Square, Venice kelmarin. – AFP