INDIAN WELLS, Amerika Syarikat, 8 Mac – Bekas pemain nombor satu dunia, Venus Williams bangkit daripada ketinggalan dengan mencatatkan kemenangan 6-4, 0-6, 6-3 ke atas pemain Jerman, Andrea Petkovic untuk mara ke pusingan kedua di Indian Wells semalam.
Pemain veteran dari Amerika Syarikat itu berkata dia tidak beraksi dengan terbaik dalam perlawanan itu dan tidak dapat menjelaskan mengenai kemenangan itu.
“Sejujurnya saya tidak tahu. Saya masih cuba untuk memikirkannya,” kata Williams, yang mengakhiri set pertama selepas satu lawatan daripada pelatih, sebelum Petkovic menguasai set kedua dengan caranya tersendiri.
Williams terjejas ketika dia melakukan servis semasa perlawanan itu pada kedudukan 5-2 semasa set ketiga, mensia-siakan satu mata penamat.
Petkovic meraih satu mata untuk meneruskan perlawanan sebelum Williams menewaskannya pada permainan terakhir untuk melengkapkan kejayaan.

“Setiap hari bukanlah hari terbaik anda tetapi ia tidak bermakna hati dan keinginan anda tiada di sana. Saya berasa gembira segala-galanya berpihak kepada saya pada set ketiga, Ia begitu hampir di sana.
Williams beraksi dalam perlawanan pertamanya sejak berdepan kekalahan pusingan ketiga di tangan bekas pemain nombor satu dunia, Simona Halep di Terbuka Australia.
“Saya lama tidak beraksi, jadi ia adalah cabaran, untuk kembali dalam persaingan,” kata pemain berusia 38 tahun, yang akan menghadapi pemain pilihan ketiga seterusnya, Petra Kvitova dari Czech yang mendapat tempat kedua di Terbuka Australia tahun ini.
Serena Williams, juga beraksi dalam perlawanan pertamanya sejak tewas pada suku akhir Terbuka Australia, memulakan perlawanan pusingan kedua menentang seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka.
Azarenka, yang kini berada di ranking ke-48 dunia, menewaskan Vera Lapko dengan straight set Rabu lalu untuk memastikan pertemuan yang bakal menjadi tumpuan dalam perlawanan yang berlangsung esok. – AFP

































