Thursday, July 17, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Venus mara, Ostapenko tersungkur

    TORONTO, Kanada, 8 Ogos – Pemain kelayakan Varvara Lepchenko mengejutkan juara bertahan Roland Garros, sementara Venus Williams berjaya melepasi pusingan pertama yang goyah di kejohanan gelanggang keras WTA di Toronto.

    Lepchenko mengejar dari belakang untuk menewaskan pemenang Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko 1-6, 7-6(7/2), 7-6(7/5). Pemain pilihan kesembilan Williams juga memerlukan tiga set dan hampir dua jam untuk menyingkirkan pemain kelayakan Irina-Carmelia Begu 6-1, 3-6, 6-3.

    Pemain veteran Amerika Lepchenko, 31 tahun dan berada di ranking ke-68 dunia, mengejar mata 6-1, 3-0 sebelum mengubah keadaan menentang ranking ke-12 dari Latvia itu, yang meneruskan aksi cemerlangnya apabila mencapai peringkat suku akhir di Wimbledon.

    “Saya harap saya bangun, saya berada pada mod tidur bagi satu set setengah,” kata Lepchenko, bekas pemain 20 terbaik. “Segala pujian kepadanya, dia bermain tenis yang hebat, dia jarang terlepas sebarang bola dari awal permainan.

    “Apabila saya mula memberikan tekanan, itulah bila permainan sebenar bermula. Saya begitu fokus dalam permainan saya. – AFP

    Aksi Venus Williams dalam perlawanan tersebut. – AFP
    Aksi Venus Williams dalam perlawanan tersebut. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda