SYDNEY, Australia, 15 Ogos – Syarikat Veredictum yang berpangkalan di Sydney telah melancarkan jualan token bagi platform anti-cetak rompak dan pengedaran tak sepusat yang berinovatif bagi industri filem dan video.
Jualan token Ventana itu dilancarkan untuk mencapai penerimaan meluas di dalam industri filem dan video dengan menggunakan teknologi berasaskan blockchain iaitu sebuah lejar digital yang memudahkan urus niaga dalam talian untuk mendaftarkan hak pemilikan video dan filem serta untuk menambah cap jari yang boleh dikesan kepada kandungan agar pemilikan digital dapat dijejaki.
Ia akan juga membawa penerbit kandungan lebih dekat kepada pengguna dan memberikan akses yang lebih baik kepada kandungan yang berkualiti pada titik harga yang kompetitif dan saksama.
Veredictum percaya ia akan mengurangkan cetak rompak filem dan video sebanyak 80 peratus dalam tempoh 10 tahun.
Pengasas Veredictum, Tim Lea, berkata platform Veredictum itu memusatkan untuk mensasarkan pengendali cetak rompak dan kecurian secara holistik dan bukan hanya pada simptomnya. – Bernama