Verizon belanja AS$1.9b untuk rangkaian 5G

SAN FRANCISCO, 3 SEPT – Verizon akan membelanja AS$1.9 bilion untuk mempercepatkan pemasangan perkhidmatan telekom paling laju 5G sebagai pembida utama untuk jalur lebar Amerika Syarikat (AS) bertujuan mengimbangi jarak dan kelajuan data.

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan semalam mengeluarkan keputusan bidaan penyewaan untuk menggunakan sebahagian daripada jalur lebar 3550 hingga 3650 MHz.

Dish Network, membida sebagai Wetterhorn Wireless, berada di tempat kedua dengan tawaran berjumlah AS$913 juta, menurut FCC.

Yang selebihnya daripada lima pembida teratas adalah syarikat kabel Comcast, Spectrum dan Cox, kata agensi.

AS pada bulan lalu mengumumkan bahawa ‘spektrum jalur sederhana’ 100 megahertz yang dikhaskan untuk tentera juga akan dilelong kepada firma telekomunikasi untuk kegunaan dalam rangkaian 5G berkelajuan amat tinggi.

Jalur lebar dalam julat 3450 dan 3550 megahertz dikenal pasti untuk digunakan dalam rangkaian 5G dan boleh diperoleh tanpa menjejas keupayaan tentera atau keselamatan negara, menurut pegawai kanan pentadbiran.

Pertambahan itu akan dinaikkan kepada 535 megahertz jumlah spektrum jalur sederhana yang disediakan kepada rangkaian 5G di AS, yang berada di belakang negara lain seperti China dan Korea Selatan apabila ia membabitkan penggunaan teknologi transformatif. – AP

Gambar fail menunjukkan pengguna telefon bimbit berdiri berdekatan papan tanda Verizon 5G di Ekspo Hiburan Elektronik 2019 di Los Angeles. – AFP