Verratti terlepas aksi pertama UCL

PARIS, 14 SEPT – Paris Saint Germain akan bertemu Club Brugge dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara pada Rabu tanpa kelibat Marco Verratti selepas pemain tengah itu mengalami kecederaan semasa jendela kelayakan Piala Dunia bersama Itali.

Juara Eropah itu mengalami ‘masalah kecederaan lutut kiri’ menurut kelabnya dan bakal disisihkan sekurang-kurangnya 10 hari.

Dia akan terlepas perlawanan di Ligue 1 menentang Lyon dan berkemungkinan perlawanan kedua PSG di Liga Juara-Juara bertemu Manchester City pada 28 September. Ketua jurulatih PSG, Mauricio Pochettino dijangka membariskan Lionel Messi untuk memulakan perlawanan pertama sejak bintang Argentina itu berpindah dari Barcelona.

Neymar dan Kylian Mbappe juga akan diturunkan dalam pertemuan Kumpulan A di Belgium.

Selain Verratti, Pochettino juga tanpa khidmat Angel Di Maria, yang digantung selepas dilayangkan kad merah semasa pertemuan menentang Manchester City, dan Sergio Ramos

Bekas ketua pasukan Real Madrid itu sedang menjalani pemulihan dan belum beraksi bersama kelab baharunya.

PSG akan beraksi menentang Brugge selepas mencatat lima kemenangan di Ligue 1. – AFP