Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Verstappen bakal jadi bapa

    ABU DHABI, 6 DIS – Juara Dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen, bakal menjadi bapa buat kali pertama selepas mengumumkan hari ini bahawa pasangannya, Kelly Piquet, hamil, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    “Mini Verstappen-Piquet dalam perjalanan. Kami tidak dapat lebih bahagia dengan keajaiban kecil kami,” kata Verstappen di Instagram.

    Piquet merupakan anak perempuan bekas pemandu F1 Brazil, Nelson Piquet. Beliau dan Verstappen telah menjadi pasangan sejak 2020, dan Piquet mempunyai seorang anak perempuan daripada hubungan terdahulu dengan bekas pemandu F1 Rusia, Daniil Kvyat.

    Pengumuman Verstappen dibuat semasa Grand Prix Abu Dhabi yang menandakan berakhirnya musim F1.

    Pemandu Red Bull dari Belanda itu meraih gelaran dunia keempat berturut-turut dua minggu lepas di Las Vegas. – Bernama

    Max Verstappen, pemandu Red Bull Racing dari Belanda, melambai kepada peminat sambil berjalan menuju pit pada akhir sesi latihan pertama menjelang Grand Prix Formula Satu Abu Dhabi di Litar Yas Marina di Abu Dhabi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda