Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Verstappen bakal menang F1 kedua

    SINGAPURA, 28 SEPT – Max Verstappen dari pasukan Red Bull semakin hampir memenangi kejuaraan Formula Satu untuk kali kedua selepas lima kemenangan berturut-turut.

    Satu lagi kemenangan perlumbaan di Singapura pada Ahad boleh memastikan kejuaraan buatnya dengan baki lima perlumbaan, tetapi ia bergantung kepada keputusan pesaing terdekatnya.

    Verstappen mendahului 116 mata di depan pemandu Ferrari, Charles Leclerc, dengan rakan sepasukan Sergio Perez sembilan mata di belakang. Pelumba Belanda itu akan merangkul kejuaraan pada Ahad di litar Marina Bay jika dia menang dan jika Leclerc menduduki tempat kesembilan atau lebih rendah, dengan Perez berada di tempat keempat atau lebih rendah atau kelima atau lebih rendah dengan pusingan terpantas kerana ia buat Verstappen untuk memenangi mata bonus.

    Jika Verstappen menang dan menuntut mata tambahan untuk pusingan terpantas, gelaran kejuaraan akan menjadi miliknya dan jika dia gagal menang di Singapura, persaingan akan berpindah ke Jepun pada 9 Oktober.

    Sekiranya sesiapa menamatkan peringkat musim dengan mata yang sama dengan Verstappen, pelumba Belanda itu akan mengekalkan gelarannya dengan mencatatkan kemenangan paling banyak dalam perlumbaan, setelah memenangi 11 daripada 16 perlumbaan pertama.

    George Russell masih dalam perebutan gelaran dengan kereta Mercedesnya, tetapi ketinggalan 132 mata dengan kemenangan Verstappen akan menamatkan harapannya. – AFP

    Aksi Max Verstappen dari Pasukan Red Bull meraikan kemenangan selepas perlumbaan Grand Prix Formula Satu Itali di Litar Monza, Itali, 11 September 2022. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...